Wednesday, February 4, 2009

GOLDEN TRIANGLE RIDE

GOLDEN TRIANGLE RIDE
____________________

Tarikh : 23.01.2009 hingga 30.01.2009

Peserta :

i. Hj Nazri
ii. Man Jeniang
iii Eid Sidek
iv Ku Mahadir

Day 1 ( 23.02.09 )
------
7.30 pagi - aku sampai di petronas Changloon diikuti oleh Bang Det dengan Honda ST1100 setengah jam kemudian muncullah 2 bikers yang dinantikan iaitu Hj Nazri dan bang Man Jeniang OTAI No. 1 manaiki BMW K1200 dan GT 1200.Proses dekumentasi bermul

a di post Malaysia Thai dengan lancar. Habis ja dokumentasi di sebelah Thai kami terus ke kedai talipon untuk membeli kad sim thai 1,2,Call. Lagi jimat kalu guna kadsim dia orang untuk call
balik ke malaysia . Haa ini tip kalu nak ride ke siam jimat perbelanjaan semasa calling calling.
1.00 tgh- Biasa la perjalanan melalui lebuhraya ke Phatalung dgn trak siam di awal pagi dan sampai ke stesen minyak PTT Thong Sung untuk dapatkan makan halal dan mengisi petrol. Perjalan kami diteruskan ke Surat Thani Chumpon. Untuk makluman bikers semua jalan dari Surat T ke Chumpon dipenuhi dengan tampalan ( Pitching ) alamat nya hati-hati dengan pick up yang selalu mengubah haluan dilorong kiri dan kanan.
7.00 ptg- Tibalah ke Phrachuap . Sebelum itu bang man, haji dan bang det singgah pekena bihunsup. Aku terus tak henti kat situ untuk ke kedai maklong aku yg aku dah singgah utk kali ketiga. Bila tiba aku tengok maklong tengah dok layan orang m,sia dari L.kawi.Aku terus kedapur wau dah tahan dengan gulai itiknya , apa lagi terus ngap ja sebelum haji ngan bang man datang. Habis makan terus check in kat hotel tepi laut tu.. baru RM 70.00 4 bintang wei....

Monday, August 4, 2008

Al-Fatihah Untk Arwah Pakya Er-6n

Post ini dituju khas buat Arwah Pakya yang telah meninggalkan kita pada 3 Ogos 2008 setelah mendapat kemalangan di selekoh Highway Pendang KM 55.4 arah utara. Kejadian berlaku dihadapan Hj. Nazri yang sedang menunggang bersama waktu itu, diikuti oleh Bang Mie dan Annuar. Backup tiba 5 minit kemudian.
Arwah meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Rasanya tak perlu diulas berkenaan kemalangan tersebut, cuma semoga ianya menjadi satu pengajaran kepada semua bikes. Namun begitu kita juga tidak mahu hanya kemalangan dan kematian menjadi pengajaran kepada kita. Al-Fatihah....


Friday, July 4, 2008

Overland Explorer


Overland Explorer mula beroperasi pada 2008. Ianya merupakan kesinambungan daripada aktiviti penjelajahan yang telah dipelopori oleh Arwah Suhaimi Joleman. Ianya merupakan satu pengembaraan tanpa had sempadan. Berdasarkan sedikit pengalaman dan tunjuk ajar dari Saudara Suhaimi beberapa rakan-rakan cuba untuk menggunakan ilmu tersebut untuk dinikmati bersama-sama.




Walaupun sebelum ini aktiviti penjelajahan banyak tertumpu kepada penjelajahan permotoran iaitu motosikal tetapi bagi Overland Explorer ianya boleh dikembangkan kepada penjelajahan solo dan kenderaan lain.
Oleh itu kami menggunakan medium ini sebagai satu tempat untuk bikers-bikers dan rakan-rakan berkongsi pengalaman dan idea-idea agar ianya dapat digunakan bersama.
Overland Explorer juga menyediakan perkhidmatan bagi membantu aktiviti permotoran yang berminat untuk menjelajah disekitar Malaysia dan juga luar Malaysia.

Saturday, May 31, 2008

Overland Crew


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Bikes are a cheap way to get around (of not racing) as gas prices raise insanely

Thursday, May 29, 2008

Wednesday, May 28, 2008

Koh Samui Rideway 2006


by overland explorer




Ride ke Koh Samui tahun 2006 (outdoor malaysia).
Paksu & Auntie (BMW R1100R), Nazri (BMWRT1100),
Mumtaz (Yamaha R1), Tuan Usop (Honda ST1300),
Annuar & Rose (DR Big 800), Bang Man, Kak Zai, Don & Dan (Backup)

Tuesday, May 27, 2008

Welcome & Selamat Datang

Terima kasih kepada saudara Annuar kerana berjaya menghasilkan blog ini. Dengan adanya blog ini maka aktiviti penggembaraan bermotorsikal serta berkereta ( bagi yang dah jual & xda motor dah) dapat diteruskan dari masa ke semasa. Memang syok bila ride sama2 kwn2 nak lak bila ada nya Pak Man Jeniang. Otai yang sememangnya terkenal dengan rambut putihnya tu... Hu3... Jgn Marah Pak Man... Aku pun dah lama gak x ride dgn depa, bukan pe, motor KLE 500 WDQ 501 aku tu dah jual. Nanti aku add gambar2 nostalgia motor aku dgn kwn2 masa ride dulu. Aku rasa cukup lah wat masa ni.. Nanti insyaallah aku akan cuba memeriahkan lagi blog ini...

My DR800 Big

Sunday, May 25, 2008

Ride Terengganu & Kelantan




oleh: Annuar Wajidi

Bulan Januari 2006 Paksu telah berjumpa dengan 3 bikes Mat Salleh yang membuat perjalanan sekitar asia tenggara. Raymond (GS1150), Metthias (Honda Translaps) dan Ausie (Tanere). Mereka telah sampai ke Malaysia dan berhasrat untuk melawat Taman Negara. Selepas menghadiri kenduri adik Auntie Net kami memulakan perjalanan dari Sri Malaysia Kulim. Tapi si Ausie ni tak pergi bersama kerana motor dia problem.














Hj Nazri & Bang Man di Banding















Ros dan Matthias






















Raymond....




















Motosikal ni Conventy Victor milik En. Shahril.
Pengumpul Motosikal antik di Kemaman..
Gear Tangan. Terdapat cuma sebiji ni kat m'sia.




















Motor askar tah lupa jenis apa.





















BMW Boxer 1926. Gayat juga bawa motor ni.
Bawa selalu nak turun kaki walaupun confirm
tak jatuh punya........






































Dinner bersama En. Shahril (baju hitam)......


















Sessi lepak dengan angin pantai.......















Samapi kat Sabrina Hotel Kota Bharu....

Friday, May 23, 2008

Kedah Star Bikes. Cherating Ride 2008




Pada 1 Mei Kedah Star Bikes dgn telah mengadakan satu trip ke Cherating. 18 biji motor diikuti 4 buah kereta(isteri tlg bawa anak-anak nak ikut) dan backup Overland Explorer (Dmax Hj Nazri). Semua bikes berkumpul di R&R Juru. Amjani (Carkes) pun join sekali dalam perjalanan ke KL. Seterusnya bikes berhimpun kat Petronas R&R Gunung Semanggul. Seterusnya perjalanan akan berhenti untuk minyak di Ulu Bernam, namun Petrol Station tutup. Exit kat Tjg Malim dan isi minyak utk layan corner Awana. Berhenti lunch kat Genting Sempah.
Kat LPT Hj Nazri mengantuk pula, dan demi keselamatan Backup rider pun mula kerja. Bawa K1200 Hj Nazri.

Lagi 40KM KLE500 shuid eksos lekang. Apa lagi naik backup la KLE Hj Nazri, Shuid dan Bang Man sbg Backup pickup. Kami sanpai di Mercu Resort jam 6.00 ptg.
Esoknyadengan bantuan Abang Ali (Outdoor Crew) kami dapat cari pomen. Bang Man Jeniang rupanya pandai pi market. Dia beli segala pekakas untuk BBQ malam tu dan dibantu oleh Isteri Abang (tolong siang).
Malam tu BBQ memang meriah dan makan memang sedap. Lepas tu kelauq lagi dengan Ali kena teh.
3 Mei pagi tu bertolak balik jam 8.00 pagi. Memang respek la Kedah Star Bikes, jokey dia memang berdisiplin dan siap pada waktu. Waktu balik pulak kat Bukit Merah KLE Kak Nor pulak naik backup akibat masalah wirering.
Semua selamat kembali ke rumah masing-masing tanpa sebarang masalah dan gangguan dalam trip tersebut.
Terima kasih Star Bikes dengan kerjasama anda!!!


Disclaimer