____________________
Tarikh : 23.01.2009 hingga 30.01.2009
Peserta :
i. Hj Nazri
ii. Man Jeniang
iii Eid Sidek
iv Ku Mahadir
Day 1 ( 23.02.09 )
------
7.30 pagi - aku sampai di petronas Changloon diikuti oleh Bang Det dengan Honda ST1100 setengah jam kemudian muncullah 2 bikers yang dinantikan iaitu Hj Nazri dan bang Man Jeniang OTAI No. 1 manaiki BMW K1200 dan GT 1200.Proses dekumentasi bermul
a di post Malaysia Thai dengan lancar. Habis ja dokumentasi di sebelah Thai kami terus ke kedai talipon untuk membeli kad sim thai 1,2,Call. Lagi jimat kalu guna kadsim dia orang untuk call
balik ke malaysia . Haa ini tip kalu nak ride ke siam jimat perbelanjaan semasa calling calling.
1.00 tgh- Biasa la perjalanan melalui lebuhraya ke Phatalung dgn trak siam di awal pagi dan sampai ke stesen minyak PTT Thong Sung untuk dapatkan makan halal dan mengisi petrol. Perjalan kami diteruskan ke Surat Thani Chumpon. Untuk makluman bikers semua jalan dari Surat T ke Chumpon dipenuhi dengan tampalan ( Pitching ) alamat nya hati-hati dengan pick up yang selalu mengubah haluan dilorong kiri dan kanan.
7.00 ptg- Tibalah ke Phrachuap . Sebelum itu bang man, haji dan bang det singgah pekena bihunsup. Aku terus tak henti kat situ untuk ke kedai maklong aku yg aku dah singgah utk kali ketiga. Bila tiba aku tengok maklong tengah dok layan orang m,sia dari L.kawi.Aku terus kedapur wau dah tahan dengan gulai itiknya , apa lagi terus ngap ja sebelum haji ngan bang man datang. Habis makan terus check in kat hotel tepi laut tu.. baru RM 70.00 4 bintang wei....


